May 21, 2016

Rumahku hentian bas

MUHAMMAD Lee (gambar kecil) menjadikan pondok hentian bas tempat berteduh.

Nabihah Kamal
nabihah.kamal@hmetro.com.my

Kajang: Rumahnya hanya hentian bas di Bandar Tun Hussein Onn, dekat sini, dan dia bergantung kepada satu-satunya harta miliknya sejak enam tahun lalu iaitu motosikal Honda EX-5, tetapi malang, motosikal itu dicuri Sabtu lalu.

Lee Bon Yong, 54, atau lebih dikenali sebagai Muhammad Lee dalam kalangan penduduk di situ kini ‘patah kaki’ kerana motosikal itu digunakannya untuk mencari rezeki, mengutip bahan terbuang seperti kotak, botol dan tin untuk dijual.

“Seorang lelaki meminta kebenaran meminjam motosikal saya kerana ingin menghantar kakaknya. Kerana kasihan saya pinjamkan motosikal itu.

“Bagaimanapun, sehingga hari ini dia tidak pulangkan. Saya berjalan sejauh dua kilometer setiap hari untuk ke kedai makan, malah kini mengharapkan simpati orang ramai kerana tidak dapat mengutip bahan terbuang selepas motosikalnya dicuri,” katanya ketika ditemui, di sini.

Menurut Lee, dia sukar mendapatkan pekerjaan kerana faktor usia.

myMetro 18 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment