May 13, 2016

Pokok tumbang hempap lima kereta

Anggota JPAM memotong dahan pokok yang tumbang dan membersihkannya. FOTO Kalidevi Mogan Kumarappa

Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Lima kereta rosak selepas dihempap pokok tumbang di kawasan tempat letak kereta di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 8. 30 pagi itu,tiada pemilik kereta yang cedera berikutan semua sudah meninggalkan kenderaan di tempat letak kereta sebelum menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja.

Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Putrajaya,Abdul Razak Salleh berkata sebaik menerima panggilan mengenai kejadian itu,dia bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi,kami mendapati lima buah kenderaan sudah dihempap pokok besar.

"Kami terpaksa memotong dahan pokok itu sebelum memulakan kerja pembersihan, "katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Operasi membersih dan mengalihkan dahan pokok itu selesai pada 1.30 tengah hari tadi.

myMetro 11 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment