May 25, 2016

Perlis dilanda ribut

KEADAAN di Hospital Tuanku Fauziah akibat ribut yang berlaku. FOTO ihsan JPAM




Hafizudin Mohd Safar
am@hmetro.com.my

Kangar: Sekurang-kurangnya 40 laporan diterima berkaitan kes pokok tumbang dan kerosakan harta benda di sekitar Perlis akibat hujan lebat dan angin kencang.

Difahamkan hujan dan angin kencang bermula kira-kira 1 tengah hari sehingga 2.30 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan terjejas.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis berkata, setakat 2.45 petang tadi sekurang-kurangnya 40 laporan diterima bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)berkaitan pokok tumbang dan kerosakan harta benda.

Menurutnya, antara yang terjejas termasuklah di kawasan Santan, Jejawi, Behor Mali, Arau, Kampung Bakong, Kok Kelang, Ulu Pauh, Abi, Sungai Batu Pahat, Sempering dan juga di kawasan Kangar namun dipercayai kes yang sama turut berlaku di beberapa lokasi lain tetapi belum dilaporkan kepada pihak berkuasa.

“Papan tanda di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), papan tanda iklan di bulatan Persiaran Jubli Emas danperkarangan Kompleks Stadium Tuanku Syed Putra turut rosak,” katanya.

myMetro 24 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment