May 4, 2016

Penuntut kolej maut kemalangan

KEADAAN kereta mangsa dan lori selepas terbabit dalam kemalangan. FOTO Mohammad Ishak

Mohammad Ishak
am@hmetro.com.my

Jertih: Pemuda yang juga penuntut kolej maut dan rakan perempuannya cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Jabi, Bukit Kecil, Jertih, 7 pagi tadi.

Yusaini Ashfaq Yusof, 25, dari Kampung Bakong, Pasir Mas, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian.

Rakannya, Wan Farah Farhana Wan Ariffin, 20, beralamat Lorong Pak Nik Mat, Pasir Mas cedera dan dikejarkan ke Hospital Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kejadian berlaku apabila kereta dinaiki mangsa dari arah Kuala Terengganu bertembung dengan lori lima tan membawa ayam.

Menurutnya, mangsa tersepit dalam kenderaan dan meninggal dunia di lokasi dan pemandu serta kelindan lori tidak alami kecederaan serius.

myMetro 29 April 2016



0 comments:

Post a Comment