May 21, 2016

Penuntut IKBN maut dihempap tiang

Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my

Seremban: Penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Alor Gajah maut dihempap tiga tiang ketika sedang melakukan kerja memasang tiang di tepi Jalan Taman Banda Ekar, Rantau di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, dalam kejadian 10.01 pagi, mangsa berusia 19 tahun melakukan kerja berkenaan bagi menjalani latihan praktikal.

Katanya, ketika pemasangan dibuat, sebatang tiang yang diturunkan dari kren tiba-tiba tergolek dan terkena pada mangsa.

"Dua lagi tiang yang berada dalam kren turut sama bergelok dan ketiga-tiganya terus menghempap penuntut lelaki berkenaan," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang menjalani latihan praktikal bersama syarikat kejuruteraan elektrik di Taman Mantau Indah, di sini maut di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini untuk bedah siasat," katanya.

myMetro 20 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment