May 21, 2016

Penjara 15 tahun rogol pelajar OKU

Kuala Lumpur: Hakim Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, yang menjatuhi hukuman penjara 14 tahun terhadap seorang tukang kebun sekolah warga Pakistan kerana merogol pelajar perempuan Orang Kurang Upaya (OKU), menasihati pihak sekolah menapis pengambilan pekerja, terutama warga asing.

Datin M Kunasundary berkata, pihak sekolah juga perlu bertindak segera memaklumkan kepada keluarga mangsa mengenai perkara meragukan jika mengesannya di peringkat awal.

"Kesalahan rogol adalah serius, tambahan pula apabila membabitkan mangsa Orang Kurang Upaya dan kejadian berlaku di sekolah, tempat yang sepatutnya selamat bagi pelajar," katanya.

Beliau menjatuhi hukuman penjara 14 tahun dan lima sebatan terhadap Umar Zeb, 24, selepas didapati bersalah merogol pelajar perempuan lembam berusia 14 tahun.

Kunasundary memerintahkan Umar menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 28 Ogos 2015.

Umar didakwa merogol mangsa, pelajar pendidikan khas dalam bilik transit sebuah sekolah menengah antara 3 hingga 4 petang pada Ogos 2015 mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat. - Bernama

myMetro 20 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment