May 23, 2016

Pemandu teksi ditemui mati

NILAI - Seorang pemandu teksi ditemui mati dalam keadaan bersandar pada kerusi malas dengan badan penuh ulat dan kulit tertanggal di kediamannya di Taman Semarak, di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, kejadian menimpa pemandu teksi itu hanya disedari jirannya yang datang menjengah berikutan terhidu bau busuk terlalu kuat.

“Semasa masuk ke rumah, didapati pintu utama, grill dan pintu bilik si mati tidak berkunci. Difahamkan si mati tinggal berseorangan di rumah sewa itu hampir dua tahun.

“Berdasarkan maklumat jiran, mereka tidak pernah nampak si mati bawa kawan atau keluarga ke rumah berkenaan,” katanya.

Menurut Zaldino, polis segera ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung penemuan tersebut sekitar jam 6.40 petang.

“Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk bedah siasat sekitar jam 10 malam tadi (kelmarin).

“Berdasarkan pemeriksaan unit forensik, tiada unsur jenayah pada mayat terbabit. Sebaliknya si mati dipercayai mengalami masalah jantung,” katanya.

Wartawan Sinar Harian
22 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment