May 21, 2016

Pemandu maut gagal kawal lori masuk selekoh


Pemandu lori maut selepas lori dipandu terbalik di Kilometer 21 Jalan Seremban-Simpang Pertang, berhampiran Jeram Toi, 10 pagi tadi. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap

Abnor Hamizam Abd Manap

Jelebu: Seorang pemandu lori maut apabila kenderaan yang membawa muatan bitumen terbalik di Kilometer 21, Jalan Seremban-Simpang Pertang berhampiran kawasan rekreasi Jeram Toi, di sini, semalam.

Kejadian jam 10 pagi itu mengakibatkan Mohamad Fairuz Ramlan, 31, parah di kepala dan meninggal dunia serta-merta.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Othman Basri berkata, siasatan mendapati mangsa gagal mengawal lori ketika melalui selekoh sebelum terbabas dan terbalik.

"Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal oleh pegawai perubatan," katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jelebu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

myMetro 14 Mei 2016







0 comments:

Post a Comment