May 9, 2016

Pemandu cedera bas terbalik

BAS terbalik selepas rempuh kereta. FOTO ihsan Bomba

Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

Sepang: Pemandu bas cedera di kaki apabila bas dipandu terbalik selepas merempuh belakang kereta di Kilometer (KM) 14.7 Lebuhraya Elite, kira-kira 9 malam tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor ketika dihubungi berkata, tiada penumpang di dalam bas ketika ia merempuh kereta sebelum hilang kawalan dan terbalik ditengah-tengah laluan lebuh raya.

Beliau berkata, dua jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dan Subang Jaya dengan kekuatan dua pegawai dan 12 anggota dikerahkan untuk mengeluarkan pemandu bas yang tersepit.

"Pemandu kereta bagaimanapun tidak mengalami apa-apa kecederaan manakala, pemandu bas pula dihantar ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan," katanya.

myMetro 9 Mei 2016




0 comments:

Post a Comment