May 4, 2016

Pegawai wanita disiasat, dipindah jabatan

Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

Putrajaya: Seorang pegawai imigresen wanita yang menjadi viral di media sosial kerana memukul tahanan warga asing sudah ditukarkan ke jabatan lain.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Sakib Kusmi berkata, pegawai berkenaan sebelum ini bertugas di Unit Penguatkuasa dan kini ditukarkan ke Unit Pentadbiran, Jabatan Imigresen Negeri Sembilan.

"Kami sudah mengambil tindakan serta merta terhadap pegawai berkenaan.

"Pegawai itu ditukarkan ke unit berkenaan sementara menunggu hasil siasatan penuh kes tersebut," katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini, hari ini.

myMetro 29 April 2016

0 comments:

Post a Comment