May 9, 2016

Pegawai kanan KPT cedera kemalangan

Keadaan Proton Perdana milik kerajaan yang terbalik selepas terbabas dan merempuh pokok di Pesiaran Timur berhampiran susur Desa Pinggiran Putra hari ini. - Foto Bernama

Putrajaya: Seorang pegawai kanan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) cedera selepas kenderaan kerajaan dipandunya terbabas di

Persiaran Perdana berhampiran susur keluar Desa Pinggiran Putra di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Dr Ab Wahab Che Mat, yang memandu Proton Perdana berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pokok kecil di tepi jalan.

Ab Wahab, Setiausaha Bahagian Tugas Khas Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), sedang dalam perjalanan ke pejabatnya di Presint 5 ketika kejadian.

Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata, mangsa cedera ringan namun ditahan di Hospital Putrajaya di sini, untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali ketika dihubungi hari ini, mengesahkan kejadian.

myMetro 9 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment