May 13, 2016

Padah rogol anak saudara

Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Lelaki warga emas berusia 70 tahun dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah merogol anak saudara perempuannya yang berusia 14 tahun pada tiga tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Asmadi Hussin selepas tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang juga anak saudara perempuannya yang pada ketika itu berusia 14 tahun tiga bulan di sebuah rumah di Kampung Nibong, Hulu Terengganu antara jam 8 hingga 9 malam pada 6 Ogos 2013.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Hafizah Mohd Sokran

myMetro 12 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment