May 5, 2016

Nasib baik bomba cepat sampai

Anggota bomba memadamkan kebakaran stor kedai perabot di Jalan Wakaf Che Yeh. - Foto Ihsan bomba

Hazira Ahmad Zaidi
am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Sebuah stor kedai perabot musnah hampir 40 peratus dalam kebakaran di Jalan Wakaf Che Yeh, di sini, tengah hari tadi

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Che Mazlan Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira 12.30 tengah hari dan 15 anggota termasuk dua jentera bergegas ke tempat kejadian.

"Kami tiba di tempat kejadian pada 12.40 tengah hari dan api dapat dikawal tujuh minit kemudian. Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, seorang pekerja yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia bersama empat pekerja lain sedang bekerja dalam kedai apabila seorang daripada mereka menyedari asap di bahagian stor di belakang kedai.

Katanya, dia menghubungi bomba dan bersyukur kerana bomba cepat tiba.

myMetro 1 Mei 2016




0 comments:

Post a Comment