May 5, 2016

Nahas ngeri ragut nyawa dua remaja

Mayat dia remaja terbaring di atas jalan selepas motosikal mereka bergesel sesama sendiri dekat Kampung Gong Kubur, Setiu, petang tadi. - Foto IHSAN PEMBACA

Helmy Abd Rahman
helmy_rahman@hmetro.com.my

Permaisuri: Dua pelajar lelaki maut dengan seorang daripadanya putus kepala selepas terjatuh dari motosikal masing-masing sebelum digilis kereta dekat Kampung Gong Kubur, Permaisuri, di sini, petang tadi.

Difahamkan, kemalangan ngeri jam 5.20 petang itu berlaku ketika kedua-dua mangsa berusia 17 tahun yang belum diketahui identiti, berkonvoi dengan 28 lagi motosikal menuju Wakaf Tengah di sini, dipercayai dalam perjalanan pulang dari berkelah.

Namun setiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki dua remaja itu bergesel sesama sendiri sebelum mereka terjatuh ke atas jalan.

Pada masa sama, sebuah kereta jenis Hyundai dari arah Penarik menuju bandar ini dikatakan gagal membrek lalu merempuh mangsa.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Elias Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Maras dan Tepoh, maut di tempat kejadian dengan seorang mangsa putus kepala,” katanya.

myMetro 1 Mei 2016


Dua pelajar maut dirempuh kereta

Oleh KASANABILAH KAMARUL ZAMAN

KUALA TERENGGANU – Dua pelajar tingkatan lima maut dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di Jalan Pantai Permaisuri - Penarik berhampiran Kampung Gong Kubur, Permaisuri, Setiu dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 5.25 petang itu, Muhamad Aqil Abu Bakar yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntung, Gemuruh di sini maut di tempat kejadian.

Muhamad Amirul Hakimi Sabry yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mizan, Maras, Bukit Rakit pula meninggal dunia akibat kece­deraan pada kepala dan badan.

Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian.

Kosmo 3 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment