May 26, 2016

MPV sarat bawa rokok terbakar

KENDERAAN yang terbakar. FOTO Bernama

Seremban: Kenderaan pelbagai guna jenis (MPV) yang sarat membawa muatan rokok terbakar dalam kemalangan di Kilometer 225.2 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Senawang, 9.30 pagi tadi .

Menurut Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Senawang, Amer Abu Kassim pihaknya menerima panggilan pada 9.34 pagi dan mendapati kenderaan itu sedang terbakar.

Pemandu kenderaan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut saksi yang enggan dikenali, kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki itu dipercayai terbabas dan melanggar besi penghadang di tengah lebuh raya sebelum terbakar di tepi lebuh raya. - Bernama

myMetro 25 Mei 2016





0 comments:

Post a Comment