May 21, 2016

Mayat warga emas dalam tasik

Mayat mangsa berjaya dibawa naik oleh anggota bomba sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh. - foto : Ihsan Bomba Selangor

RAWANG - Mayat seorang lelaki warga emas ditemui terapung di Tasik Taman Bersatu di sini, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, mangsa dikatakan terjatuh ke dalam tasik berkenaan sebelum pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 2.40 petang.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Chow Kok Mun, 76.

“Mangsa berjaya dibawa naik oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rawang sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Mayat mangsa yang dipercayai mati lemas itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Wartawan Sinar Harian
15 Mei 2016


0 comments:

Post a Comment