May 26, 2016

Mayat terapung di tali air

BOMBA menggeluarkan mayat yang ditemui dalam tali air. FOTO ihsan bomba

Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
am@hmetro.com.my

Parit Buntar: Mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam tali air Estet Simpang Lima di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Cheah Ah Kok, 43, dan dipercayai terbabas ke dalam tali air berkenaan bersama motosikal yang ditunggangnya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Peyelamat Parit Buntar, Pegawai Bomba (PB) Harun Kasim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis bagi bantuan mengambil mayat berkenaan pada jam 8.12 pagi.

"Berdasarkan maklumat diperoleh mangsa dikenali sebagai Cheah Ah Kok, 43, berasal dari Taman Pekan Baru di sini, dan ditemui penduduk kampung yang kemudiannya memaklumkan kepada pihak polis.

"Pihak kami bertindak membantu pihak polis mengambil mayat yang berada dalam tali air berkenaan ke daratan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 9.25 pagi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob mengesahkan kejadian dan siasatan awal pihaknya mendapati tiada unsur jenayah dilakukan.

"Mayat dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat bagi mengenalpasti punca kejadian," katanya.

myMetro 25 Mei 2016


Disangka tunggul kayu

Mayat diangkat sebelum dibawa ke Hospital Parit Buntar. Gambar kecil: Ah Kok

KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN

PARIT BUNTAR - Mayat seorang lelaki yang disangka longgokan kayu ditemui di tebing sebuah tali air Estet Simpang Lima di sini, pagi semalam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Parit Buntar, Harun Kasim berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 8.12 pagi, dan segera ke lokasi kejadian bagi memberi bantuan kepada pihak polis untuk mengambil dan mengangkat mayat ke tebing.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, beberapa anggota bomba turun ke dalam tali air berkedalaman hampir dua meter itu dan bertindak mengangkat mayat ke atas jalan ban.

“Mangsa, Cheah Ah Kok 43, dari Taman Pekan Baru, disangka penduduk kampung pada mulanya sebagai tunggul kayu, ditemui terapung di tepi tebing tali air.

“Bomba kemudiannya bertindak membantu polis mengangkat mayat yang berada dalam tali air untuk dihantar ke Hospital Parit Buntar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah.

“Mayat dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

Sinar Harian
26 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment