May 21, 2016

Maut rempuh penghadang jalan

Mayat remaja lelaki yang terbabit dalam kemalangan selepas motosikalnya hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan. FOTO Mikail Ong

Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

Georgetown: Remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1 pagi itu, Zul Khoiri Abdul Rashid, 15, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa bergesel dengan motosikal rakannya.

"Motosikal ditunggangnya kemudian hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat," katanya.

myMetro 17 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment