May 11, 2016

Maut motosikal bertembung kereta

KEADAAN motosikal mangsa.

Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.my

Alor Gajah: Konstabel Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM) maut apabila motosikal bertembung dengan kereta di Jalan Bukit Balai, Durian Tunggal di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.15 tengah malam itu, mangsa Md Isa Wahab, 47, dikatakan baru habis bertugas di Balai Polis Durian Tunggal, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Krubong, Melaka.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu lelaki berusia 29 tahun dari arah Melaka ke Pekan Durian Tunggal dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke arah bertentangan dan berlanggar dengan motosikal ditunggang mangsa.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

myMetro 10 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment