May 4, 2016

Maut kereta bertembung bas

Kemalangan bas dan kereta yang mengorbankan pemandu kereta di Batu 8 Jalan Simpang Empat, Kota Sarang Semut, pagi tadi. FOTO ihsan pembaca

Norul Awatif Romli

Alor Setar: Pemandu kereta maut, budak lelaki daripada tujuh penumpang bas awam pengsan selepas kedua-dua kenderaan itu bertembung dari arah bertentangan dalam kejadian di Batu 8 Jalan Simpang Empat, Kota Sarang Semut, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi, pemandu kereta terbabit berusia 20-an itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah selepas tersepit di tempat duduk pemandu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Nur Hafizah Mohd Lokman berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.30 pagi sebelum sebuah jentera bomba dan penyelamat bersama sebuah EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja ke lokasi.

"Mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat oleh lima anggota penyelamat diketuai Penguasa Bomba Kanan II Abdul Manaff dan kerja mengeluarkan mangsa mengambil masa agak lama berikutan keadaan kereta remuk.

"Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun pengsan," katanya.

Katanya, kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut, manakala mayat pemandu kereta dibawa ke Unit Forensik HSB bagi bedah siasat.

myMetro 29 April 2016



0 comments:

Post a Comment