May 21, 2016

Maut jatuh tingkat empat

ANGGOTA JPAM memeriksa mangsa. FOTO ihsan JPAM

Fardy Bungga
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Lelaki maut dipercayai terjun dari tingkat empat di Plaza Low Yat di sini, 11.30 malam tadi.

Mangsa berusia 22 tahun berasal dari Slim River mati selepas mengalami kecederaan di kepala dan badan.

Pegawai Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Lumpur, Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.41 malam dan mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

myMetro 21 Mei 2016




0 comments:

Post a Comment