May 27, 2016

Maut dua kereta bertembung

KEADAAN kenderaan dipandu mangsa. FOTO ihsan Bomba

Ibrahim Isa

Tangkak: Lelaki maut apabila Proton Iswara dipandunya bertembung Perodua Myvi di Jalan Ledang, Serom 8, Sungai Mati di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada 2.45 petang itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Roslan, 50-an, dikatakan memandu bersendirian dari arah Muar menuju ke Bukit Gambir.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintendan Jumaat Rahmat berkata, apabila tiba di tempat kejadian tiba-tiba kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan lalu memasuki jalan bertentangan.

"Secara kebetulan Perodua Myvi dipandu wanita lingkungan 30-an berada di lokasi dan cuba mengelak namun gagal.

"Akibatnya, bahagian kanan Perodua Myvi itu dirempuh Proton Iswara berkenaan menyebabkan mangsa tersepit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa maut di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Unik Forensik Hospital Tangkak.

Pemandu wanita itu turut mendapatkan rawatan di hospital sama.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran.

myMetro 26 Mei 2016


Warga emas maut selepas tersepit di kereta

Mangsa maut di tempat kejadian akibat tersepit. - Foto Bomba dan Penyelamat

NUR ALINA HASSAN

TANGKAK - Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Iswara yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan Ledang, Serom 8, Sungai Mati di sini, awal petang tadi.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Roslan, 50-an maut di tempat kejadian ketika dalam perjalanan dari Muar menuju ke Bukit Gambir kira-kira jam 2.45 petang tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Jumaat Rahmat berkata, mangsa yang memandu secara bersendirian dilaporkan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kenderaan lain dari arah hadapan.

Menurutnya, Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita lingkungan 30-an cuba mengelak namun gagal.

"Akibat pertembungan itu, bahagian kanan Perodua Myvi dirempuh Proton Iswara berkenaan menyebabkan mangsa tersepit.

"Selain itu, kad pengenalan mangsa juga gagal ditemui dan mayat dihantar ke Unik Forensik Hospital Tangkak bersama-sama pemandu wanita itu bagi mendapatkan rawatan di hospital sama," katanya.

Jumaat berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran.

Sinar Harian 26 Mei 2016


0 comments:

Post a Comment