May 5, 2016

Maut ditikam abang angkat

ANGGOTA polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Junaidi Ladjana

Kota Kinabalu: Lelaki maut selepas ditikam di leher dan bahu kanan oleh abang angkatnya di rumah di Kampung Rampayan, Menggatal, malam tadi.

Dalam kejadian 11.30 malam itu, mangsa berusia 19 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, mangsa bersama suspek dikatakan tinggal menumpang di rumah bapa saudara mangsa dan sebelum kejadian mereka berdua sedang tidur di ruang tamu.

"Kejadian disedari oleh bapa saudara mangsa selepas terdengar bunyi bising di ruang tamu lalu terkejut apabila melihat suspek sedang memegang pisau manakala mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah di ruang dapur.

"Melihat kejadian itu, bapa saudara mangsa kemudian memeluk suspek daripada bertindak lanjut dan dengan bantuan jiran akhirnya suspek ditangkap," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Chandra berkata, motif kejadian belum dipastikan dan suspek berusia 37 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

myMetro 2 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment