May 28, 2016

'Mak tok' Amyra meninggal dunia

Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon popular Amyra Rosli tidak terkilan gagal menyempurnakan impian neneknya Salasiah Omar, 74, yang mahu melihat dia mendirikan rumah tangga sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Salasiah yang meninggal dunia jam empat pagi tadi akibat barah usus pernah melahirkan hasrat untuk melihat Amyra, 25, berumah tangga dan seakan merestui perhubungan cucunya dengan pelakon kacak Amar Baharin, 31.

"Mak tok (nenek) pernah berkata nak tengok saya kahwin, tetapi apakan daya tidak sempat. Insya-Allah apabila sampai masanya nanti, saya akan tunaikan impian arwah.

"Tiada sebab untuk saya berasa ralat kerana di penghujung hayatnya, mak tok pernah berkata, sekiranya dia tidak sempat tengok saya berkahwin pun tidak apa, asalkan saya teruskan berkahwin dengan sesiapa yang saya suka dan dia merestuinya," katanya kepada Harian Metro.

Amyra berkata, hubungannya dengan Amar tetap sebagai kawan biasa dan dia terharu apabila Amar menjadi rakan artis terawal berkongsi berita kematian neneknya dan melahirkan simpati di Instagram.

Jenazah Salasiah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU 4, Lembah Keramat, di sini, selepas solat Jumaat tadi.

myMetro 27 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment