May 4, 2016

Lori lekat di dinding rumah


KEADAAN rumah selepas dihempap lori di Taman Woon, hari ini. FOTO ihsan pembaca

Khairul Najib Asarullah Khan

Tampin: Suami isteri terselamat apabila kediamannya dihempap lori 25 tan sarat dengan muatan pasir yang berundur secara tiba-tiba sebelum terbalik di Taman Woon, Tampin, pagi tadi.

Dalam kejadian 11 pagi itu, C Raveenthiran, 57, dan isterinya M Mahassuri, 51, berada di rumah sebelum dikejutkan bunyi dentuman dari luar.

Kejadian itu mengakibatkan bilik tidur pasangan itu rosak akibat terkena hentakan kenderaan berat itu.

Difahamkan, pemandu lori berusia 30-an cedera di belakang dan dikeluarkan pemandu lori berlainan sebelum dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan.

Berikutan kejadian itu, pasangan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Tampin pada hari sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.

myMetro 29 April 2016




0 comments:

Post a Comment