May 9, 2016

Lelaki terjun jambatan ditemui lemas

MAYAT mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat. FOTO ihsan bomba

Mohammed Arsyad Md Yassin
am@hmetro.com.my

Teluk Intan : Lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjun ke dalam sungai berhampiran Jambatan Sultan Yusuf, Batu 5 dekat sini, semalam ditemui lemas oleh sekumpulan nelayan, 1.48 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Zulkafle Abdullah berkata, mangsa, 51, dipercayai menghadapi masalah kemurungan dan dilihat orang ramai berada di atas jambatan berkenaan sebelum terjun ke dalam Sungai Perak.

"Motosikalnya yang ditinggalkan di atas jambatan berkenaan ditemui orang awam yang membuat laporan polis.

"Mayat mangsa kemudian ditemui terapung kira-kira 6.5 kilometer dari lokasi kejadian dan kemudian dibawa ke tebing sungai," katanya ketika dihubungi sini, hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat membabitkan 25 kekuatan anggota termasuk Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

myMetro 9 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment