May 13, 2016

Lelaki Nepal patah kaki, rakan cedera

Abdul Rahman memeriksa pejabat yang musnah terbakar tengah hari tadi. FOTO Norizuan Shamsuddin

Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Lelaki warga Nepal patah kaki, manakala rakannya cedera selepas terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran di tingkat tiga bangunan Yayasan Persatuan Bola Selangor (FAS), di Jalan SS 7/26, di sini, 12.45 tengah hari tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya Pegawai Bomba Kanan II Abdul Rahman Abdullah berkata, pihaknya tiba di lokasi pada 1.09 tengah hari selepas menerima panggilan awam mengenai kebakaran itu.

Katanya, kebakaran berlaku di pejabat di tingkat tiga banggunan terbabit.

"Mangsa berada premis asrama pekerja di tingkat empat banggunan yang sama cuba menyelamatkan diri selepas asap memasuki kediaman mereka.

"Difahamkan terdapat kira-kira 20 pekerja asing yang menghuni asrama pekerja itu dan mereka cuba menyelamatkan diri dengan memanjat tingkap belakang untuk turun dari banggunan itu.

"Bagaimanapun, dua daripada mereka cedera selepas terjatuh ketika cuba turun dari banggunan itu," katanya.

Menurut Abdul Rahman, pihaknya mengambil masa 10 minit untuk memadamkan kebakaran.

"Kebakaran menyebabkan premis pejabat berkeluasan 6x16 meter persegi di banggunan empat tingkat itu musnah sepenuhnya.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," Katanya.

myMetro 12 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment