May 23, 2016

Lelaki Indonesia maut bertembung

KEADAAN kereta selepas bertembung.

Amran Yahya
am@hmetro.com.my

Kuala Pilah: Bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mayat seorang lelaki warga Indonesia yang tersepit di tempat duduk pemandu selepas kereta dipandu kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Kuala Pilah-€“Batu Kikir berhampiran Taman Harmoni, pagi ini.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu mangsa, Sumardi, 46, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Difahamkan, mangsa memandu Proton Saga dari Kuala Pilah cuba memotong sebuah kenderaan, namun gagal lalu bertembung pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang datang dari Batu Kikir.

Rempuhan itu mengakibatkan mangsa tersepit dan meninggal dunia di lokasi.

Kejadian itu mengakibatkan polis minta bantuan anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kuala Pilah untuk mengeluarkan mangsa tersepit.

Mayat kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk bedah siasat.

myMetro 23 Mei 2016


0 comments:

Post a Comment