May 5, 2016

Lalu lintas sesak 10 kilometer

Keadaan lori membawa tembaga yang terbalik berhampiran Plaza Tol Seremban petang tadi. - Foto IQMAL HAQIM ROSMAN

Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
am@hmetro.com.my

Seremban: Sebuah lori membawa muatan tembaga terbalik di Jalan Sungai Ujong, berhampiran Plaza Tol Seremban, di sini, 4.30 petang tadi.

Pemandunya, Nur Azrul Poniran, 29, berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan menghantar tembaga itu dari Seremban 2 ke Taman Seremban Jaya.

Dia mendakwa, setiba di tempat kejadian dia cuba mengelak sebuah motosikal yang ditunggang hampir dengan lori dipandunya menyebabkan lori enam tan itu hilang kawalan sebelum terbalik di tengah jalan.

Nur Azrul bersyukur kerana hanya cedera ringan di tangan kiri.

Jurucakap polis berkata, kemalangan mengakibatkan kesesakan sepanjang hampir 10 kilometer.

myMetro 3 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment