May 8, 2016

Koperal mangsa langgar lari

FOTO ihsan polis

Shamsudin Husin
am@hmetro.com.my

Chukai: Anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman cedera dilanggar sebuah motosikal di Jalan Chukai-Air Putih, 4.55 pagi semalam.

Koperal Mohd Daud Abd Syukur, 27, cedera di tangan selepas terjatuh apababila motosikalnya dilanggar dari belakang oleh individu yang menunggang Yamaha 125z.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, ketika kejadian mangsa menjalankan rondaan bersama dua lagi rakannya.

Menurutnya, mangsa menunggang di belakang sekali sebelum dilanggar motosikal terbabit dan diberi bantuan oleh rakan setugasnya serta dikejarkan ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan rawatan.

"Penunggang yang melanggar mangsa kini sedang dicari selepas dia bertindak memecut motosikalnya meninggalkan lokasi selepas kejadian," katanya.

myMetro 7 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment