May 5, 2016

Ketuk pintu ketuk hati..

MOHD Romdani mengajar di Akademi Kemahiran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Gesir Tengah, Sungai Selisek. Gambar kecil, Mohd Romdani bersama Norleeza di hadapan bengkel YBK.


Mohd Firdaus Ibrahim dan Suraya Roslan dan Muhammad Saufi Hassan
am@hmetro.com.my

Ulu Bernam: Tidak ramai yang sanggup melakukan pekerjaan mulia ini apabila mencari pelajar miskin yang mendapat keputusan semua gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari rumah ke rumah, tetapi itu yang dilakukan sepasang suami isteri demi membantu mereka untuk berjaya.

Mohd Romdani Sharif, 51, dan Norleeza Hambali, 39, sanggup ‘merantau’ dari Sabak Bernam, Sepang (Selangor) dan Perak Tengah mencari pelajar dari pintu ke pintu sebelum ditempatkan ke Akademi Kemahiran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Kampung Gesir Tengah, di sini untuk belajar kemahiran pendawaian elektrik selama dua tahun.

Lebih istimewa, bagi pelajar yang berstatus asnaf mereka hanya perlu ‘cuci kaki’ kerana semua yuran dan wang saku ditanggung sepenuhnya Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan penaja.

Mohd Romdani berkata, dia memperoleh senarai pelajar miskin daripada sekolah dan pusat zakat sebelum membuat lawatan mengejut ke rumah pelajar berkenaan.

myMetro 3 Mei 2016


0 comments:

Post a Comment