May 28, 2016

Kereta dihempap runtuhan batu

Kereta yang rosak dihempap batu. FOTO ihsan pembaca

Mohd Hilmi Mahmud
am@hmetro.com.my

Georgetown: Sebuah kereta rosak dihempap runtuhan batu di Jalan Tur Sardon dari Arah Paya terubong ke Balik Pulau, jam 2.15 petang tadi.

Dalam kejadian berkenaan, kereta jenis Volkswagen Polo itu datang dari arah Paya Terubong menuju ke Balik Pulau.

Difahamkan, sebaik tiba di lokasi kejadian beberapa bongkah batu runtuh dari tebing bukit di situ dan menghempap bonet depan kereta berkenaan.

Sumber berkata, tiada kecederaan dilaporkan.

Ekoran kejadian, berlaku kesesakan teruk di jalan berkenaan dan orang ramai yang mahu ke Balik Pulau digesa menggunakan Jalan Bukit Lama melalui Bayan Lepas/Teluk Kumbar.

Usaha mengalihkan batu di laluan berkenaan sedang dijalankan pihak berkuasa.

myMetro 28 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment