May 11, 2016

Kemalangan ke tempat kerja meningkat 554 kes

Chukai: Kadar kemalangan jalan raya membabitkan pekerja dalam perjalanan ke tempat kerja dan pulang ke kediaman di negara ini meningkat 554 kes pada tahun lalu berbanding sepanjang 2014.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, 28,591 kes kemalangan terbabit dicatatkan pada 2015 berbanding 28,037 kes setahun sebelum itu.

“Bagaimanapun, jumlah keseluruhan kemalangan yang dilaporkan tahun lalu menunjukkan penurunan iaitu 2.81 peratus bagi setiap 1,000 pekerja berbanding 3.10 peratus setiap 1,000 pekerja bagi tahun 2014.

“Keseluruhan jumlah kemalangan yang dicatatkan pada 2015 adalah 62,863 kes manakala tahun 2014 sebanyak 63,331 kes,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (World OSH Day) Peringkat Kebangsaan 2016, di sini, semalam.

myMetro 11 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment