May 5, 2016

Kekanda sulung Raja Perlis mangkat

KANGAR - Tengku Puteri Utama, Datuk Seri DiRaja Sharifah Salwa Tuanku Syed Putra Jamalullail, kekanda sulung Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mangkat hari ini.

Setiausaha kerajaan negeri, Ahmad Zamri Khairuddin yang membuat pengumuman‎ melalui RTM tengah hari tadi berkata almarhumah Tengku Puteri Sharifah Salwa, 74, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar pada pukul 11.15 pagi.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan punca kematian almarhumah dan sejak bila baginda dimasukkan ke HSB.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Tuanku Syed Putra Kangar selepas solat Asar pukul 4.30 petang sebelum dibawa ke Makam DiRaja di Arau untuk istiadat pengebumian, katanya.

Ahmad Zamri berkata, orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir kepada almarhumah di masjid tersebut mulai pukul 4 petang dan dinasihatkan memakai pakaian sopan berwarna putih, baju kebangsaan, jubah atau kemeja dan kopiah berwarna hitam.

Sementara itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ibu saudara baginda itu dimasukkan ke HSB kerana mengidap demam denggi berdarah sejak beberapa hari lepas.

Almarhumah merupakan anak sulung Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Tengku Budriah, berkahwin dengan Tengku Bendahara Sulaiman Tengku Abu Bakar, iaitu anak saudara Sultan Johor, Sultan Ismail.

Tengku Puteri Sharifah Salwa meninggalkan empat orang anak iaitu seorang putera dan tiga puteri serta beberapa orang cucu.

Semasa hayatnya, Tengku Puteri Sharifah Salwa aktif dengan kerja-kerja amal dan merupakan pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Perlis dan juga Naib Pengerusi 1 Pusat Dialisis Tuanku Syed Putra Kangar. - Bernama

4 Mei 2016


Kakak sulung Raja Perlis mangkat

FOTO ihsan pembaca

Aizat Sharif
mohd.aizat@mediaprima.com.my

Kangar: Kakak sulung kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail iaitu Tengku Putri Utama Perlis, Datuk Seri DiRaja Sharifah Salwa Putra Jamalullail mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada jam 11.15 pagi tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Ahmad Zamri Khairuddin yang memaklumkan perkara berkenaan berkata, jenazah Almarhum akan di bawa ke Masjid Tuanku Syed Putra, Kangar untuk memberi peluang kepada orang ramai menyampaikan penghormatan terakhir kepada jenazah mulai jam 4 petang ini.

"Solat jenazah akan dilakukan pada jam 4.30 petang sebelum dimakamkan di Makam DiRaja Arau selepas solat Asar nanti.

"Orang ramai yang mahu memberikan penghormatan terkahir kepada Almarhum digalakkan memakai pakaian berwarna putih seperti baju kebangsaan, jubah atau kemeja manakala songkok pula hendaklah berwarna hitam tanpa mempunyai sebarang lilitan," katanya kepada media.

Almarhum adalah anak sulung daripada enam adik beradik dan dilahirkan di 27 Februari 1942 di Klang, Selangor.

myMetro 4 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment