May 6, 2016

Kartunis Zoy meninggal dunia


FOTO akaun Facebook Allahyarham

Norzamira Che Noh
hmetroshahalam@gmail.com

Shah Alam: Kartunis Zoy yang juga bekas Ketua Unit Grafik Berita Harian meninggal dunia ketika menjalani rawatan masalah usus di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, dekat sini, kira-kira jam 4 pagi tadi.

Mohd Zohri Sukimi, 57, sebelum meninggalkan syarikat itu melalui Skim Pemisahan Persetujuan Bersama (MSS) pada 15 Disember 2014.

Jenazah dijangka dibawa ke rumahnya di Batu 8, Sijangkang, Banting untuk urusan pengebumian, pagi ini.

Zoy terkenal dengan kartunnya bertajuk Si Takluk Jagat Lawan Si Sapu Angin, ilustrasi yang berlatar belakangkan persilatan, setiap Ahad.

myMetro 5 Mei 2016


0 comments:

Post a Comment