May 21, 2016

JKM cari waris kanak-kanak, bayi


SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan ibu kandung kepada seorang kanak-kanak dan bayi perempuan yang ditinggalkan.

Pegawai Pejabat Kebajikan Daerah Subang Jaya, Raja Norul Fazzilla Raja Halim berkata, pengesanan itu bagi membantu urusan kebajikan dan penempatan

Dalam kenyataannya, beliau berkata, kanak-kanak tersebut adalah Dhia Zara Azzalea yang kini berusia dua tahun ditemui orang awam di bawah pokok di SS15 Subang Jaya pada 5 Mac 2014 jam 10 malam.

“Seorang lagi bayi perempuan yang tidak bernama, berusia dua bulan ditemui orang awam di hadapan Masjid Darul Ehsan SS15, Subang Jaya, sebelum dibawa ke Hospital Universiti Malaya untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Menurutnya, kes Dhia Zara akan disebut pada 19 Mei ini di Mahkamah Kanak-Kanak Petaling Jaya.

Beliau berkata, waris kanak-kanak diminta menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Subang Jaya, di talian 03-56343095.

Wartawan Sinar Harian
11 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment