May 11, 2016

'Inilah istanaku'

SITIASA bersama anaknya di rumah yang daif di Kampung Wai, Kuala Perlis.

Aizat SharifAizat Sharif
mohd.aizat@hmetro.com.my

Kangar: Rumah kecil tanpa bekalan air dan elektrik yang daif serta dibina di atas tanah rizab sungai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, menjadi syurga kediaman buat pasangan suami isteri yang tinggal berhimpit dengan enam anak mereka di Kampung Wai, Kuala Perlis, dekat sini.

Bagaimanapun, Azmi Nyan, 40, melahirkan kebimbangan mereka sekeluarga kemungkinan dihalau pada bila-bila masa kerana hanya menumpang di tanah itu.

Daripada enam anaknya yang berusia antara setahun hingga 15 tahun itu, dua daripadanya orang kurang upaya (OKU) iaitu anak berusia 12 tahun mengalami sakit kulit kronik, seorang lagi berusia 10 tahun menghadapi masalah pembelajaran, manakala dua lagi tidak mempunyai kad pengenalan atau surat beranak meskipun dilahirkan di Perlis.

Isterinya, Sitiasa Suwamin, 41, berkata, mereka menumpang di atas tanah kerajaan itu berikutan bantuan rumah diberikan Baitulmal sebelum ini dibina atas tanah bapa mentuanya, namun atas beberapa masalah, mereka terpaksa berpindah sebelum tinggal di kawasan itu.

“Jika dilihat keadaan rumah kami, memang tidak selesa, tetapi itu sahaja pilihan kami ada selain anak sulung kami berusia 15 tahun berhenti sekolah kerana terpaksa membantu keluarga dan hanya anak berusia lapan, 10 dan 12 tahun saja masih bersekolah,” katanya.

myMetro 10 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment