May 23, 2016

Empat rumah terjejas tanah runtuh

SATU daripada rumah yang terjejas akibat tanah runtuh. FOTO ihsan bomba

Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

Cameron Highlands: Empat rumah terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kuala Terla, Cameron Highlands awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.20 pagi itu, enam penghuni daripada sebuah rumah yang terjejas itu turut diarahkan berpindah kerana dikhuatiri berlaku runtuhan kedua.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Muhamad Haziq Hazmi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 1.29 pagi dan tiba dilokasi 30 minit kemudian.

Menurutnya, ketika kejadian berlaku terdapat enam penghuni dalam sebuah rumah membabitkan seorang warga emas berusia 70-an dan lima cucunya berusia lingkungan 10 hingga 18 tahun.

"Sebaik tiba dilokasi didapati benar berlaku tanah runtuh yang menjejaskan empat rumah dan kerja-kerja pengusian dilakukan kerana dikuartiri berlaku runtuhan kedua.

"Hanya sebuah rumah yang berpenghuni manakala tiga lagi tiada dan kesemua mereka selamat dan kini menumpang di rumah saudara mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, tugas pengawasan kini di serahkan pada pihak polis.

myMetro 23 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment