May 6, 2016

Dua jam pegang jeriji

ANGGOTA Bomba dan Penyalamat memujuk lelaki yang cuba terjun di Flat Desa Indah, Paya Terubung, Pulau Pinang. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal

Mohd Hilmi Mahmud
am@hmetro.com.my

Georgetown: Penduduk di Taman Desa Indah, Paya Terubong, di sini, dikejutkan dengan gelagat lelaki awal 40-an yang dipercayai hendak membunuh diri, petang tadi.

Mangsa dipercayai memanjat ke tingkat 18 blok berkenaan dan berdiri sambil memegang jeriji tingkap belakang kediaman penduduk, pada 3.30 petang.

Difahamkan, lelaki itu memanjat melalui tingkap rumah penduduk selain turut duduk di atas jeriji tingkap.

Lelaki berkenaan dikatakan berdiri di luar tingkap rumah penduduk hampir dua jam menyebabkan orang ramai menghubungi bomba.

Anggota bomba kemudian berjaya memujuk lelaki berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

myMetro 6 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment