May 25, 2016

Ditemui mati dalam bilik sewa

Rosli Ilham
am@hmetro.com.my

Chukai: Wanita ditemui mati dalam bilik sewanya di Jalan Datuk, di sini, 8.30 pagi tadi.

Wanita berusia 34 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri oleh rakan serumahnya dalam keadaan terbaring di dalam bilik berkenaan.

Rakannya itu kemudiannya menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, pegawai perubatan Hospital Kemaman yang membuat pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Menurutnya, berdasarkan maklumat mangsa bekerja sebagai pekerja pembersihan di Hospital Kemaman.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

myMetro 24 Mei 2016



Meninggal akibat serangan jantung

Rosli Ilham

Chukai: Wanita yang ditemui mati di rumah sewanya di Jalan Dato,di sini, semalam disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, Haslinda Md Yusof,34, pekerja Radicare (M) Sdn Bhd Cawangan Kemaman ditemui rakan serumahnya dalam keadaan tidak bernyawa kira-kira 8.30 pagi semalam.

Katanya, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kemaman mengesahkan ibu tunggal itu diserang sakit jantung berpunca daripada tekanan darah tinggi.

"Mangsa dipercayai mengalami serangan jantung antara jam 5 hingga 6 pagi semalam berdasarkan kesan darah yang keluar daripada hidung dan mulut yang masih belum kering ketika mangsa ditemui rakan serumahnya.

"Jenazah mangsa diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian sebaik selesai bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

myMetro 25 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment