May 6, 2016

Diserang histeria lagi

Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Seramai 40 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2, di sini, diserang histeria, semalam.

Pengetuanya, Siti Hawa Mat berkata, serangan itu adalah kali ketiga selepas kejadian sama pada awal bulan lalu.

Katanya, kejadian itu membabitkan 39 pelajar perempuan dan seorang lelaki yang bermula pada jam 10 pagi.

"Beberapa pelajar perempuan mula menjerit tanpa sebab sebelum berjangkit ke kelas yang lain termasuk seorang lelaki," katanya di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, dua ambulans ke sekolah untuk menghantar mangsa ke klinik berdekatan.

Kejadian itu menyebabkan hampir 1,000 pelajar dihantar pulang lebih awal selepas beberapa kelas dibatalkan dan sesi persekolahan hari ini dibuka seperti biasa.

Insiden di sekolah itu adalah yang ketiga selepas kejadian April lalu membabitkan lebih 100 pelajarnya diserang histeria.

Pada masa sama pihak pengurusan sekolah menggunakan khidmat 'bomoh' untuk menangani masalah berkenaan.

myMetro 5 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment