May 21, 2016

Derita hati tak sudah

AMMAR yang menderita dijangkiti virus Hepatitis B bersama Nazila di rumah mereka.

Nur Lela Zulkipli
nurlela@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Naluri keibuan Nazila Kamaruddin, 30, direntap kali kedua apabila anak bongsunya yang menghidap penyakit hati kronik disahkan pula dijangkiti virus Hepatitis B selepas hati diterima melalui pembedahan pemindahan awal tahun lalu di Shanghai, China, tidak sihat.

Lebih malang apabila Nazila berhenti kerja untuk menjaga anak dan hanya bergantung kepada suami sepenuhnya untuk menampung perbelanjaan perubatan bulanan Ammar Danish Mohd Khariezulhafizul, 2, kini yang mencecah RM10,000.

Nazila berkata, dia buntu untuk mencari jumlah wang berkenaan memandangkan kesihatan suaminya Mohd Khariezulhafizul Dollah, 31, semakin merosot selepas mendermakan hati kepada anak bongsunya tahun lalu.

“Suami saya tidak boleh melakukan kerja berat atas nasihat doktor kerana keadaan hatinya belum sembuh sepenuhnya, namun dia gigih menjual burger pada waktu malam bagi menampung perbelanjaan keluarga.

“Itu pun gerai selalu tutup kerana anak kerap ke hospital apabila jatuh sakit sehingga pendapatan keluarga turut terjejas teruk,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, di sini, semalam.

myMetro 15 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment