May 8, 2016

Demi suap enam anak


ZINORLAILY mencari besi buruk dengan motosikal roda tiga dengan ditemani anak yang membantu mengumpulkan barangan diperlukan (gambar kecil).

Hazira Ahmad Zaidi
am@hmetro.com.my

Kota Bharu: “Saya tak tahu sampai bila harus menyelongkar tong sampah untuk mencari barang terbuang demi mencari sesuap nasi,” luah ibu tunggal Zinorlaily Mat Ail.

Menurut Zinorlaily, 40, selepas berpisah dengan suaminya lapan tahun lalu, dia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga bagi menyara enam anak, Anis Zulaika Abdullah, 16, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pak Badol, Ahmad Azri Abdullah, 14, Ahmad Alif, 11, Mohd Ashraf, 9, dan Munirah, 7, masing-masing bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Ismail 4 manakala seorang lagi anaknya, Fatin Nadirah, 19, sudah berumahtangga.

Katanya, dia perlu mencari rezeki setiap hari antara jam 8 pagi dan 12 tengah hari selepas siap urusan menghantar anaknya ke sekolah.

“Saya bersyukur diberikan Tuhan kekuatan semangat dan tenaga serta mampu mencari rezeki dengan tulang empat kerat.

“Selepas berpisah dengan suami, saya buntu memikirkan masa depan keluarga dan bagi meneruskan hidup serta tidak mahu terlalu bergantung kepada orang lain.

myMetro 8 Mei 2016


Terharu Third Force bela nasib

Zinorlaily mencari besi buruk di sekitar bandar Kota Bharu.

Kota Bharu: Seorang ibu tunggal yang mencari rezeki dengan mengutip bahan terbuang untuk menyara lima anaknya yang masih bersekolah, kini boleh menarik nafas lega apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Third Force, tampil membantu untuk meringankan bebannya.

Zinorlaily Mat Ail, 40, berkata, dia terharu apabila menerima kunjungan sukarelawan Third Force yang prihatin dengan nasib menimpa keluarganya.

“Tiada kata yang dapat dizahirkan, melainkan rasa syukur kerana mereka sanggup datang ke rumah menjenguk dan melihat keperluan kami sekeluarga.

“Ini bantuan pertama diterima selepas Harian Metro menyiarkan mengenai kesusahan saya dan anak yang sanggup menyelongkar tong sampah bagi mencari bahan terbuang demi untuk sesuap nasi,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Zinorlaily sanggup menyelongkar tong sampah untuk mencari barang terbuang bagi menyara enam anaknya yang berusia antara tujuh dan 19 tahun.

Sementara itu, salah seorang wakil Third Force, Muhamad Ali Mohamed berkata, kunjungannya ke kediaman Zinorlaily itu untuk melihat keperluan diperlukan keluarga berkenaan.

“Kami akan bantu semampu yang boleh bagi meringankan beban dipikulnya.

“Terlebih dulu, saya akan berbincang dengan pengasas Third Force, Raja Shamri Raja Husin serta beberapa lagi ahli sukarelawan Third Force yang lain untuk menyalurkan bantuan kepada keluarga ini,” katanya.

myMetro 23 Mei 2016






0 comments:

Post a Comment