May 4, 2016

Cemas tanah mendap

Van turut terhumban ke dalam tanah mendap. FOTO ihsan bomba

Mohd Rizal Abdullah

Bintulu: Enam penghuni sebuah rumah berdepan detik mencemaskan apabila tanah berhampiran rumeh mereka mendap sedalam satu meter di Batu,8, Jalan Miri-Bintulu di sini kira-kira jam 6 pagi tadi.

Dalam kejadian pada 6 pagi itu, sebuah van milik keluarga berkenaan turut terhumban ke dalam rekahan tanah yang mendap, bagaimanapun, semua penghuni rumah berkenaan selamat.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu Di Hata Gobel berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.30 pagi berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Bintulu dikerahkan ke lokasi.

"Setibanya ke lokasi mendapati tanah berkenaan mendap sepanjang 15 meter dengan kedalaman lebih kurang satu meter. Kejadian dipercayai berpunca akibat hujan lebat pagi tadi.

"Kita sudah menasihatkan penghuni berkenaan berpindah, tetapi mereka enggan kerana berasa masih selamat," katanya.

Katanya, pihaknya sudah memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkaitan untuk tindakan sepatutnya.

myMetro 29 April 2016



0 comments:

Post a Comment