May 5, 2016

Cemas kereta peronda dirempuh bas

KEADAAN kereta peronda yang remuk dirempuh bas. FOTO Mohd Shafik Zainol Abidin

Mohd Shafik Zainol Abidin
am@hmetro.com.my

Alor Gajah: Dua anggota polis cemas apabila kereta peronda (MPV) mereka yang diparkir di bahu jalan untuk memeriksa sebuah Perodua Kancil dinaiki dua lelaki tiba-tiba dilanggar bas ekspres di Kilometer 209.3 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Restoran Jejantas Ayer Keroh, arah utara.

Dalam kejadian 2.15 pagi tadi, seorang dari anggota terbabit luka di dahi manakala pemandu dan Penumpang Perodua Kancil dilaporkan patah kaki.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintensan A Asmadi Abd Aziz berkata, terdahulu anggota terbabit ke KawasanRehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh untuk melakukan pemeriksaan selepas menerima laporan alat penggera mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di situ berbunyi.

"Selesai melakukan pemeriksaan mereka menyambung tugas rondaan dan mengesan Perodua Kancil dinaiki dua lelaki di bahu jalan sebelum berhenti untuk melakukan pemeriksaan.

"Ketika melakukan pemeriksaan sebuah bas ekspres dipercayai hilang kawalan dan melanggar belakang kereta peronda polis terbabit," katanya.

Anggota polis, penumpang dan pemandu Perodua Kancil yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Alor Gajah (HAG) untuk menerima rawatan.

Menurutnya pemandu dan penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan, kes disiasat mengikut 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

myMetro 1 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment