May 11, 2016

Cemas kereta bertembung bas sekolah



KEADAAN kenderaan yang kemalangan. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap

Abnor Hamizam Abd Manap
am@hmetro.com.my

Bahau: Seramai 38 pelajar berdepan detik cemas apabila bas sekolah dinaiki terbabit kemalangan dengan kereta di Jalan Serting-Bahau berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahau, petang tadi.

Dalam kejadian 2.50 petang itu, kereta dari arah Bandar Seri Jempol ke Bahau dipercayai hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas sekolah berkenaan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau, Kamarulzaman Md Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 2.54 petang sebelum sebuah jentera bersama enam anggota ke lokasi.

"Kemalangan itu mengakibatkan suami isteri yang menaiki kereta terbabit cedera dan dikeluarkan orang awam. Manakala pemandu dan penumpang bas sekolah tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jempol untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

myMetro 10 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment