May 21, 2016

Cedera lori bertembung treler

Nurul Haya Mohd Noor, 35, tiba di lokasi kemalangan yang membabitkan suaminya, Iskandar. FOTO Fathil Asri

Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my

Tanah Merah: Pemandu lori berusia 30-an cedera akibat tersepit selepas lori dipandu bertembung dengan treler muatan papan di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah dekat Kampung Belimbing, di sini kira-kira 8.30 pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Iskandar Othman dalam perjalanan dari Pasir Mas menghala ke Tanah Merah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah Hanaffi Mohd berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira 8.37 pagi.

"Pasukan tiba dengan kekuatan satu jentera bagi membantu mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu selepas lori pasirnya bertembung dengan treler muatan papan.

"Kita mengambil masa kira-kira setengah jam untuk keluarkan mangsa dan dia kemudian dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemandu treler muatan papan Mohd Hamdan Abdullah, 29, bagaimanapun tidak cedera.

myMetro 19 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment