May 23, 2016

Bilal rebah saat mahu laungkan iqamat

MUHAMMAD AMINURALIF MOHAMAD ZOKI

BUTTERWORTH - Mati itu pasti, indahnya saat-saat kematian seorang lelaki yang juga bilal sebuah masjid di Teluk Air Tawar ini apabila menghembuskan nafas terakhir ketika baru hendak melaungkan iqamat petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, Mohd Radzi Othman,78, menghembuskan nafas ketika baru hendak melaungkan iqamat.

Mangsa yang ketika itu baru lepas mengambil wudhu dilihat memegang dadanya berulang kali sebelum rebah di ruang solat masjid itu.

Jemaah yang berada dalam masjid terkejut dengan kejadian tersebut lantas mendapatkan arwah.

Mohd Radzi bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan yang tiba di tempat kejadian.

Jenazah Mohd Radzi kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Telok Air Tawar malam tadi.

Sinar Harian 22 Mei 2016


Bilal hembus nafas terakhir dalam masjid

SITI MASLINDA menunjukkan gambar kenangan arwah bersama ahli keluarga ketika ditemui di Kampung Teluk Air Tawar, Butterworth semalam.

Oleh SYALMIZI HAMID

SEBERANG PERAI – Niat yang dipendam oleh seorang bilal untuk menghembuskan nafas terakhirnya di rumah Allah menjadi kenyataan apabila dia rebah ketika mahu memulakan bacaan iqamat di Masjid Teluk Air Tawar, Butterworth baru-baru ini.

Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari Sabtu lalu itu, Mohd. Radzi Othman, 78, mengejutkan jemaah lain apabila dia secara tiba-tiba jatuh di sebalik sebatang tiang masjid berkenaan sebelum sempat menunaikan solat Zuhur.

Isteri arwah, Siti Maslinda Chang Abdullah, 63, yang reda dengan pemergian suaminya berkata, Allahyarham yang juga bekas anggota tentera dan bomba acapkali mengulangi kata-kata untuk meninggal dunia dalam masjid.

Kosmo 24 Mei 2016


0 comments:

Post a Comment