May 11, 2016

Bayi dalam kandungan maut

Kesan rempuhan pada Proton Iswara dinaiki pasangan suami isteri terbabit.

NORAFIZA JAAFAR

GOMBAK - Detik menunggu kelahiran cahaya mata lelaki berbaki dua bulan punah, apabila kandungan berusia tujuh bulan itu gagal diselamatkan disebabkan kecuaian pengguna jalan raya lain.

Kejadian berlaku apabila kereta dinaiki Nurmala Murad, 36, bersama suaminya dirempuh kenderaan lain ketika membuat pusingan U di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam, 29 April lalu.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, wanita itu dan suaminya, Shamsir Hassan, 40, baru selesai mengambil air bukit di tempat tadahan di Ulu Yam dalam perjalanan pualang ke rumah mereka di Setapak.

Menurutnya, sewaktu membuat pusingan U, datang sebuah kereta Proton Gen2 dari arah Ulu Yam merempuh kereta Proton Iswara dinaiki pasangan suami isteri itu.

“Rempuhan menyebabkan kereta dinaiki berpusing beberapa kali. Kedua-dua mereka pengsan dan hanya sedar semasa berada dalam ambulans.

"Pasangan suami isteri itu cedera dan mangsa wanita disahkan keguguran. Shamsir mendapat rawatan di hospital selama lima hari manakala Nurmala masih ditahan untuk pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Bahagian Trafik Gombak di talian 03-6126 2222.

Sinar Harian 8 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment