May 13, 2016

Bapa durjana

Norul Awatif Romli
awatifromli@hmetro.com.my

Sungai Petani: Buruh kasar dihukum penjara 40 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol anak kandung berusia 13 tahun.

Tertuduh yang berusia 36 tahun dan berasal dari Kuala Ketil kelihatan tenang ketika di dalam kandang sebaik Hakim M Vijayalakshmi menjatuhkan hukuman itu.

Mengikut kertas pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya beberapa kali di dalam bilik tidur mangsa dan tertuduh pada awal serta hujung Mei tahun lalu di rumah mereka di Kuala Ketil.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa melakukan kesalahan sama di ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, kira-kira 6 pagi pada 3 April lalu.

Vijayalakshmi pada prosidingnya menetapkan pertuduhan pertama dan kedua dijalankan secara serentak bermula dari tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 2 Mei lalu, manakala pertuduhan ketiga dijalankan berturutan.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri Izza Munirah Mansor.

myMetro 12 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment